YA Tuhanku seadainya dia bukanlah jodohku..jauhkanlah dia dari penglihatan mataku..luputkan lah dia dari ingatanku...hilangkanlah semua memori indah ku bersamanya..tapi seandainya ya Allah telah kau catitkan dia menjadi milikku jauh mana pun dia pergi...pasti dia akan kembali kepangkuanku dan segalanya hanya allah yang menentukan.......
06/10/2012
Terasing dari dua kehilangan..
aku lahir pada bulan october.kebanyakkan orang yang lahir dalam bulan inie mudah sekali di dekati..mudah mendapat kawan kerana personaliti yang ramah dan mudah bergaul..suka orang sayang padanya dan mudah rasa simpati terhadap orang lain.aku mempunyai daya firasat yang agak kuat dan sangat pentingkan persahabatan. .aku memiliki hati yang mudah sekali terusik.tapi rajukku tidak lama..emosiku agak kelam kabut..tapi jiwaku sangat penyanyang dan romantik dalam percintaan..itulah aku sebenaranya...di waktu lapang bila ada masa terluang..selain dari aku bersiar-bersiar bersama keluargaku..aku gemar mengasingkan diri di dalam kamarku..di saat jiwaku kosong aku slalu menulis sesuatu yang terlintas di fikiran dan hanya untuk tatapan ku sendiri..jika di himpun aku boleh membuat satu novel hasil nurkilanku sendiri ...namun aku menulis sekadar suka-suka dan hobi..kerana itu adalah satu daripada minatku..tapi sejak akhir-akhir nie bagai ada sesuatu yang membawaku ke sini..aku sering ingin berkongsi dengan sesiapa sahaja yang sudi membaca..yang sudi mendengar luahan hatiku kerana hanya dengan cara inie dapat ku terjemahkan sedikit keresahan yang menghimpit hatiku..mungkin aku menulis untuk seseorang..mungkin cerita kisahku dan mungkin bukan atau sekadar teladan.
Aku kaku di sini.tiada yang aku dengari..aku terdiam.tunduk membisu..Tiada siapa yang suka bila diri disisihkan...bila terasing dari dunia yang hanya sekadar pinjaman..mahu atau tidak semua orang sudah pasti tidak mahu merasa kehilangan..begitu jua aku..kerana apa yang kita pernah merasa miliki sebolehnya kita mahu terus menikmatinya..tapi bisakah kita terus menikmatinya
terus-terusan..sedangkan kita sendiri tidak tahu adakah itu sebenarnya hak muktak kita atau sekadar singgah sebentar buat kita...tapi Dia memang benar hanya singgah sebentar ..Dia hanya buat aku berfantasi seketika.hingga hari inie aku mengambil keputusan memutuskan untuk berpisah dengannya. dulu aku kehilangan seorang..seorang yang amat aku sayang,,yang aku kasihi..Dia hilang di hati tapi masih terperangkap di fikiran dari bayangan dan mimpi dan hari inie aku akan kehilangan seorang lagi..seorang yang lebih-lebih aku sayang yang menggatikan dia..aku merasa amat sedih itu hakikatnya..aku cuba mengikhlaskannya..aku cube menelannya sikit demi sedikit.kerana ku tahu keseorangan itulah yang mengasingkan aku untuk dua kehilangan..
kini DIA sudah berlayar untuk satu penghidupan tapi aku tahu dia akan doakn untuk aku..akan selalu ada untuk aku.walaupun jauh tapi aku tahu benar kerana aku merasa makin mengenalinya......aku mahu dia tahu bahawa bukan mudah bagi aku..walau aku mampu mententeramkan seluruh jiwa manusia untuk meredhakan setiap apa yang terjadi tapi aku jua manusia biasa.hamba allah yang kerdil yang melakukan silap..yang sering berulang-ulang kali memohon maaf..bukan mudah bagi aku.namun perkara yang tidak mudah itulah yang selalu mencabar aku dari dulu lagi..Dia adalah suatu cabaran buat aku.tatkala dia mahu aku terus berdiri,tatkala dia mahu aku terus tersenyum.tatkala dia mahu aku terus bersabar dan kuat..aku melakukannya untuk DIA..aku tahu.dia tahu kesedihanku.aku tahu dia tahu keresahanku..aku selalu igat kata-katanya..aku merasa sakit sekarang untuk aku tidak merasa sakit akan datang..sekarang aku merasa sakit yang amat sangat..sakit yang aku telan satu-satu..aku berharap kesannya tidak berpanjangan..aku tak mahu terus di belenggu rasa bersalah.aku tahu dia pun sama..di sebalik linagan air mata ini..di sebalik keputusan ini..biarlah menjadi rahsia hatiku dan dia.
Subscribe to:
Posts (Atom)