Pages

06/10/2012

Terasing dari dua kehilangan..


aku lahir pada bulan october.kebanyakkan orang yang lahir dalam bulan inie mudah sekali di dekati..mudah mendapat kawan kerana personaliti yang ramah dan mudah bergaul..suka orang sayang padanya dan mudah rasa simpati terhadap orang lain.aku mempunyai daya firasat yang agak kuat dan sangat pentingkan persahabatan. .aku memiliki hati yang mudah sekali terusik.tapi rajukku tidak lama..emosiku agak kelam kabut..tapi jiwaku sangat penyanyang dan romantik dalam percintaan..itulah aku sebenaranya...di waktu lapang bila ada masa terluang..selain dari aku bersiar-bersiar bersama keluargaku..aku gemar mengasingkan diri di dalam kamarku..di saat jiwaku kosong aku slalu menulis sesuatu yang terlintas di fikiran dan hanya untuk tatapan ku sendiri..jika di himpun aku boleh membuat satu novel hasil nurkilanku sendiri ...namun aku menulis sekadar suka-suka dan hobi..kerana itu adalah satu daripada minatku..tapi sejak akhir-akhir nie bagai ada sesuatu yang membawaku ke sini..aku sering ingin berkongsi dengan sesiapa sahaja yang sudi membaca..yang sudi mendengar luahan hatiku kerana hanya dengan cara inie dapat ku terjemahkan sedikit keresahan yang menghimpit hatiku..mungkin aku menulis untuk seseorang..mungkin cerita kisahku dan mungkin bukan atau sekadar teladan.
Aku kaku di sini.tiada yang aku dengari..aku terdiam.tunduk membisu..Tiada siapa yang suka bila diri disisihkan...bila terasing dari dunia yang hanya sekadar pinjaman..mahu atau tidak semua orang sudah pasti tidak mahu merasa kehilangan..begitu jua aku..kerana apa yang kita pernah merasa miliki sebolehnya kita mahu terus menikmatinya..tapi bisakah kita terus menikmatinya 
terus-terusan..sedangkan kita sendiri tidak tahu adakah itu sebenarnya hak muktak kita atau sekadar singgah sebentar buat kita...tapi Dia memang benar hanya singgah sebentar ..Dia hanya buat aku berfantasi seketika.hingga hari inie aku mengambil keputusan memutuskan untuk berpisah dengannya. dulu aku kehilangan seorang..seorang yang amat aku sayang,,yang aku kasihi..Dia hilang di hati tapi masih terperangkap di fikiran dari bayangan dan mimpi dan hari inie aku akan kehilangan seorang lagi..seorang yang lebih-lebih aku sayang yang menggatikan dia..aku merasa amat sedih itu hakikatnya..aku cuba mengikhlaskannya..aku cube menelannya sikit demi sedikit.kerana ku tahu keseorangan itulah yang mengasingkan aku untuk dua kehilangan..

kini DIA sudah berlayar untuk satu penghidupan tapi aku tahu dia akan doakn untuk aku..akan selalu ada untuk aku.walaupun jauh tapi aku tahu benar kerana aku merasa makin mengenalinya......aku mahu dia tahu bahawa bukan mudah bagi aku..walau aku mampu mententeramkan seluruh jiwa manusia untuk meredhakan setiap apa yang terjadi tapi aku jua manusia biasa.hamba allah yang kerdil yang melakukan silap..yang sering berulang-ulang kali memohon maaf..bukan mudah bagi aku.namun perkara yang tidak mudah itulah yang selalu mencabar aku dari dulu lagi..Dia adalah suatu cabaran buat aku.tatkala dia mahu aku terus berdiri,tatkala dia mahu aku terus tersenyum.tatkala dia mahu aku terus bersabar dan kuat..aku melakukannya untuk DIA..aku tahu.dia tahu kesedihanku.aku tahu dia tahu keresahanku..aku selalu igat kata-katanya..aku merasa sakit sekarang untuk aku tidak merasa sakit akan datang..sekarang aku merasa sakit yang amat sangat..sakit yang aku telan satu-satu..aku berharap kesannya tidak berpanjangan..aku tak mahu terus di belenggu rasa bersalah.aku tahu dia pun sama..di sebalik linagan air mata ini..di sebalik keputusan ini..biarlah menjadi rahsia hatiku dan dia.

29/09/2011

Sutera kasih

Malam nie saya ingin berkongsi satu cerita..cerita inie mungkin  dapat dijadikan sebagai teladan dan pengajaran buat kite...ape yang ingin saya ceritakan bukan cerita rekaan tapi cerita benar yang terjadi pada kawan saya sendiri...cerita nie sungguh sedih sekali..bile dia bercerita dengan saya tadi  menitis air mata saya..saya pun tidaklah setabah dan sesabar dia untuk tempuh semua nie..betapa hebat  dan agungnya cinta perempuan inie sehingga sanggup di sakiti berulang-ulang kali...Hampir bertahun-tahun perempuan nie menjalinkan cinta bersama seorang lelaki yang amat di cintainyer sepenuh hati...kasih sayang nya tak terbagi.segalanya di lakukan untuk lelaki yang di cintainya walaupun lelaki tue tidak bisa menilai kesetiaan perempuan inie...sehingga  satu saat lelaki itu merasa perempuan nielah yang bisa menunggu dan bersabar dengan lelaki itu lalu lelaki itu mengambil keputusan melamar perempuan nie mungkin tanpa berfikir panjang..perempuan nie sungguh gembira sekali kerana lelaki yang di cintainya akan menjadi miliknya tidak lama lagi...segala harapan dan pengorbanan nya selama nie di anggap tidak sia-sia....tapi tuhan itu maha berkuasa dan lebih mengetahui ape tersurat dan tersirat..bahagia yang di impi di harap berpanjangan tue hanya sementara apabila apa yang di rancang musnah sekelip mata.. apabila  hampir hari pertunangan mereka lelaki tue tibe-tibe membatalkan pertunangan tersebut dengan alasan masih belum bersedia untuk serius...mase tue perempuan tue sangat sedih dan kecewa dengan sikap kekasihnya.... tapi dia masih bisa memaafkan lelaki itu kerana  cinta yang terlalu dalam dan kepercayaan nya terhadap lelaki itu walaupun pun hatinyer terguris luka tetapi dia tetap ingin bersama lelaki itu tidak kiralah  ape pun anggapan orang terhadap lelaki yang di cintai itu.... Dia tetap ingin terus setia dan SETIA..
Mase berlalu ..hari berganti hari..lelaki tue datang dan pergi...perempuan tue masih menyemai buih-buih cinta..yang berbekas di dada itu di jadikan satu lambang sebagai bukti keteguhan cintanya yang satu..Mereka masih meneruskan hubungan cinta kerana bagi perempuan itu lelaki itulah satu-satunyer lelaki yang di cintai..betape setianyer perempuan itu..adakah cinta tue telah membutakan matanyer @ cinta itu sememangnyer buta... ???..perempuan tue masih berharap suatu hari lelaki itu akan sedar dan setia menjaga hubungan mereka. perempuan tue sentiasa sabar dan  perempuan tue tetap setia menunggu.. butanya mata lelaki tue sehingga tidak nampak lagi kesetiaan perempuan tue..??..tapi lama kelamaan  lelaki tue bersuara lagi..saya sudah bersedia  untuk hubungan yang lebih serius bersama awak..dan  lelaki tue melamar perempuan tue buat kali kedua...mase tue perempuan tue berdoa agar segalanyer menjadi kenyataan dan bukan fantasi lagi..lelaki tue berjanji tidak akan mengulangi kesilapan dahulu dan benar-benar ingin memperisterkan perempuan itu dengan ikhlas.. persiapan sudah  siap dan perempuan tue tidak sabar menunggu detik bersejarah mereka berdua......semua persediaan telah di buat..dari sewa khemah catering, hantaran dan mcm-macam lagi sudah di hias cantik..pada waktu berlangsugnyer majlis itu..lelaki tue tidak muncul-muncul dan hilang tanpa berita.. perempuan tue dah lama menunggu dan ramai orang tertanya-tanya mengapa pengantin lelaki tidak muncul-muncul..waktu itu hanya tuhan saja yang tahu bagaimana rasanya ..betapa teganya lelaki itu sanggup memalukan perempuan itu .berkali-kali perempuan itu cuba untuk menghubungi lelaki itu tapi gagal apabila telefonnyer tidak dapat di hubungi..hancurnyer hati perempuan itu..sangat perit rasanyer pabila lelaki yang kita cintai.cube percayakan mempermainkan-mainkan hati kita buat kesekian kalinyer.. tapi betapa  perempuan tue redha dengan ujian Allah.. sudah tiada lagi air mata untuk di tangisi walaupun maruahnya dan keluarga tercalar di malukan sebegitu rupa..tapi peluang tue tetap ada buat lelaki itu..tidak pernah berhenti dan serik memberi hati pada lelaki itu... dan pintu kemaafan tue terbuka luas buat lelaki tue..tertanya-tanya saya adakah itu jodoh @..suratan..nasib @kebetulan..ketetapan..@kehendak manusia demi cinta???mengapa kesetiaan yang di mahukan oleh lelaki di pandang rendah  ..selepas itu perempuan tue membawa diri jauh dari semua dan sebulan kemudian lelaki tue datang lagi memujuk rayu...dengan pelbagai alasan..berjanji dan meminta memberi peluang buat terakhir...perempuan itu pun berdoa pada tuhan agar tunjukkannya jalan dan terbuka hati perempuan itu untuk kembali pada lelaki itu semula...betapa mulianya hati perempuan tue kerana tetap maafkan  lelaki itu untuk kali seterusnya..  kerana sayang  masih setia menunggu lelaki tue.....perempuan tue amat mengharap agar lelaki itu akn berubah suatu hari nanti..betapa setianya wanita itu terhadap kekasihnya..tapi kenape lelaki tue tidak dapat menilainya...???..kesetiaan seorang perempuan mengapa di balas sebegitu...bile seorang perempuan melukakan baru secebis pasti sukar bagi seorang lelaki untuk memafkan..malah mereka akan membuat keputusan tanpa menoleh ke belakang lagi...adakah itu cinta...???adakah inie cinta sebenar..tanyalah pada hati..wanita inie bile sudah cinta..dia akan benar-benar cinta sehingga bile dia di permainkan pun dia masih mampu memaafkan berulang-ulang kali kerana tidak mahu kehilangan..tapi bile seorang wanita itu  di lukai dengan teruk sekali akan meningglkan kesan yg dalam sehingga dia takut untuk terus setia..pabila kesetiaan tue kurang lelaki dengan mudahnya menunding jari terhadap wanita tersebut sedangkan kaum mereka jugak yang membuat itu semua terjadi...memang tidak pernah ada dendam terdetik di hati..wanita sememangnya belajar dari kegagalan..kaum lelaki lah yg harus membentuk seorang wanita itu agar lebih setia pada cinta.jika mereka juge tahu  betapa berharga nya sebuah cinta ...dan segala-galanya perempuan itu terima dengan hati yang rela.....kasih wanita itu memang ibarat  SUTERA KASIH...bait penghargaan penuh kejujuran tak mungkin terlihat cinta yang merona jika hanya  penilaan semata. bukan.renungan mata...sayang sekali seorang lelaki apabila tidak mampu menghargai seorang wanita di sisinya..

28/09/2011

Segalanya ku terima

Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya...sama ada untuk menyedarkan...menginsafkan dan memberi kita petunjuk ke jalan allah.......semua manusia pasti buat silap.sama ada sedar ataupun tidak namun kesilapan itulah yang mengajar kita erti kehidupan di dunia.Di saat aku terjatuh..barulah aku sedar aku hanya ada DIA yang maha berkuasa dan di saat aku bersedih barulah aku tahu segala yang aku miliki bukanlah selamanya untuk aku.aku tidak mahu terus-terus  mengikut kata hati,memberontak menyalahkan diri  kerana di saat hatiku remuk  dan terbakar aku bisa  membenci kaum lelaki.. dan kebenciaan itulah yang membawa ku lebih penderitaan.Tapi setelah hatiku mula reda ku kirimkan satu curahkan isi hatiku sebagai pengajaran buat kalian semua.dan sebagai pembakar semangat untuk menjadikan aku lebih menerima seadanya ujian  allah  yang maha hebat ini..Hidup inie bukanlah selalu indah...adakala kita akan melalui hari-hari yang menyakitkan..Apabila kita kehilangan seorang yang benar-benar kita cintai adalah sesuatu yang sangat perit sekali..Hari-hari yang aku lalui sekarang memang terasa sunyi.. kosong dan sepi...Emosi dan nafsu selalu berbisik ke telingaku menyebut dan memanggil-manggil namanya ...di saat aku benar-benar kerinduan..ku seru namanya di saat aku menangis menyedari kesilapan diri..aku terduduk berteleku bertadah tangan kepada NYA yang esa..agar memudahkan perjalanan hidupku.......Sebagaimana hidup dan matiku, kuserahkan takdir cintaku dan segalanya ku terima ketentuan ilahi...makin jauh dia pergi meninggalkan aku sendiri suara kecil ku berharap di dalam hati nya memafkan segala perbuatanku seikhlas-ikhlasnyer supaya aku lebih tenang menghadapi semua inie..dan aku berdoa semoga tuhan merahmatinya dunia dan akhirat....aku telah berpegang dengan kata-kata..jika aku benar-benar  mencintainya....aku harus lepaskan dia untuk kebahagiaan yang dia inginkan...kerana cinta tidak semestinya memiliki dan menakluki..seandainya dia berbahagia ..di situlah kebahagianku...setelah apa yang pernah aku lalui bersamanya menjadikan aku lebih mulia..dan aku rela mengorbankan jiwaku..sekalipun nyawaku untuk aku membuktikan kasih sayangku..dan ku insafi setiap kealpaan diri..untuk aku kembali bersyukur dengan nikmat tuhan yang tak terperi..kerana aku percaya dia yang terbaik dan layak mendapat yang lebih baik meskipun cintaku hanyalah di hati dan selama-lamanya di hati..segalanya ku terima setiap keputusannya kerana akulah yang bersalah....ingatlah semua yang sudi berkongsi...janganlah sekali ingin berbagi..sekali kepercayaan seseorang hancur tiada lagi peluang kedua...maka..kesetiaan itulah yang akan membawa kebahagiaan buat selamanya...sebenarnya menyakitkan hati insan yang kita cintai adalah lebih sakit daripada kita di sakiti olehnya.jadi janganlah kite sesekali mencuba untuk menyakitkan kerana bila kita kehilangan barulah kite sedar betape berharganya dia dalam hidup kita...tapi masa tue dia dah pergi jauh meningglkan kita terkapai-kapai dalam kegelapan...mahu ataupun tidak aku harus redha dengan segalanya.