Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya...sama ada untuk menyedarkan...menginsafkan dan memberi kita petunjuk ke jalan allah.......semua manusia pasti buat silap.sama ada sedar ataupun tidak namun kesilapan itulah yang mengajar kita erti kehidupan di dunia.Di saat aku terjatuh..barulah aku sedar aku hanya ada DIA yang maha berkuasa dan di saat aku bersedih barulah aku tahu segala yang aku miliki bukanlah selamanya untuk aku.aku tidak mahu terus-terus mengikut kata hati,memberontak menyalahkan diri kerana di saat hatiku remuk dan terbakar aku bisa membenci kaum lelaki.. dan kebenciaan itulah yang membawa ku lebih penderitaan.Tapi setelah hatiku mula reda ku kirimkan satu curahkan isi hatiku sebagai pengajaran buat kalian semua.dan sebagai pembakar semangat untuk menjadikan aku lebih menerima seadanya ujian allah yang maha hebat ini..Hidup inie bukanlah selalu indah...adakala kita akan melalui hari-hari yang menyakitkan..Apabila kita kehilangan seorang yang benar-benar kita cintai adalah sesuatu yang sangat perit sekali..Hari-hari yang aku lalui sekarang memang terasa sunyi.. kosong dan sepi...Emosi dan nafsu selalu berbisik ke telingaku menyebut dan memanggil-manggil namanya ...di saat aku benar-benar kerinduan..ku seru namanya di saat aku menangis menyedari kesilapan diri..aku terduduk berteleku bertadah tangan kepada NYA yang esa..agar memudahkan perjalanan hidupku.......Sebagaimana hidup dan matiku, kuserahkan takdir cintaku dan segalanya ku terima ketentuan ilahi...makin jauh dia pergi meninggalkan aku sendiri suara kecil ku berharap di dalam hati nya memafkan segala perbuatanku seikhlas-ikhlasnyer supaya aku lebih tenang menghadapi semua inie..dan aku berdoa semoga tuhan merahmatinya dunia dan akhirat....aku telah berpegang dengan kata-kata..jika aku benar-benar mencintainya....aku harus lepaskan dia untuk kebahagiaan yang dia inginkan...kerana cinta tidak semestinya memiliki dan menakluki..seandainya dia berbahagia ..di situlah kebahagianku...setelah apa yang pernah aku lalui bersamanya menjadikan aku lebih mulia..dan aku rela mengorbankan jiwaku..sekalipun nyawaku untuk aku membuktikan kasih sayangku..dan ku insafi setiap kealpaan diri..untuk aku kembali bersyukur dengan nikmat tuhan yang tak terperi..kerana aku percaya dia yang terbaik dan layak mendapat yang lebih baik meskipun cintaku hanyalah di hati dan selama-lamanya di hati..segalanya ku terima setiap keputusannya kerana akulah yang bersalah....ingatlah semua yang sudi berkongsi...janganlah sekali ingin berbagi..sekali kepercayaan seseorang hancur tiada lagi peluang kedua...maka..kesetiaan itulah yang akan membawa kebahagiaan buat selamanya...sebenarnya menyakitkan hati insan yang kita cintai adalah lebih sakit daripada kita di sakiti olehnya.jadi janganlah kite sesekali mencuba untuk menyakitkan kerana bila kita kehilangan barulah kite sedar betape berharganya dia dalam hidup kita...tapi masa tue dia dah pergi jauh meningglkan kita terkapai-kapai dalam kegelapan...mahu ataupun tidak aku harus redha dengan segalanya.
No comments:
Post a Comment